Wednesday, July 8, 2009

Karnival jualan mega malaysia-pavillion

salam... ahad baru ni (5/7) saya pergi ke pavillion ngan wife dan anak yang bongsu. biasa la tempat2 yang biasa2 ni selalunya bertiga je. naik moto. senang skit. pantas dan cepat. parking pun senang. lagipun anak yang besar tu ada agenda dia. tak stylo agaknya ikut mak bapak jalan. so ceritanya ke pavillion ni kalau ikutkan malas nak jalan2 tapi sebab dah 'ter' register masuk pertandingan ambik gambar, so pergi la jugak. tapi nak diceritakan sejak pavillion bukak inilah KALI PERTAMA kami ke situ. macam org jakun pulak. apa daa... padahal saya ni org KL. takpe la lantak la kan...

masa berjalan tu rasa macam ada kat luar negara pun ada. dengan senibinanya yang urban ditambah manusia yang berkeliaran yang ramainya org luar.. fuh hebat betul bukit bintang sekarang ni... nasib baik iman kuat... ekekek...

tapi jalan2 pun tak la cover satu kompleks. sebab saya bosan jln2 dalam kompleks ni. sama je. kena pulak tempat2 org banyak duit ni. jln pun buang masa je. bukannya kami ni byk duit pun. kalau kat luar kompleks mmg saya teruja gila2... lagipun datang ada tujuan kan.. konon2 nak masuk pertandingan ambik gambar sempena pelancaran karnival jualan mega di situ. ala masuk bukan kena bayar pun. dapat duit lagi ada la. so petang 6 lebih daftar, ambik pas. berkeliaran ambik gambar sikit2. kul 7.30 balik rumah (padahal majlis tak start lagi). malam kul 10 datang balik (rumah dekat je). masa dtg malam tu majlis baru2 nak abis. saya gi balik meja pendaftaran, hantar pas, diselang dengan ayat 'fuh... so tired laaa'... pas tu dia bagi 50 ringgit.. balik rumah dengan muka senyum simpul... cover balik duit makan pizza hut petang tu... ekekek... ni ada sedikit gambor...











No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..