Monday, August 24, 2009

Jalan TAR hari ini (ahad)

walaupun baru 2 hari kita berpuasa tetapi pesta jualan kelengkapan raya telah bermula... sepanjang pemerhatian saya di lorong TAR petang tadi, boleh dikatakan 98 peratus yang berniaga adalah untuk kelengkapan raya termasuklah karpet2, bunga2 dan macam2 lagi... sebenarnya kami sekeluarga ke sana nak merasai membeli juadah berbuka di situ tetapi sepanjang lorong tiada dijual makanan. risik2 selepas itu barulah dapat kesan yang mana rupa2nya daripada ramai2 yang berniaga makanan disekitar situ dahulu kini tinggal cebisan sahaja. kedudukan peniaga makanan ni pulak ialah di lorong hadapan mydin dan balai polis... hhmmm.... tetapi yang jelas perang harga untuk raya dah pun bermula. terserah kepada pengguna yang nak memilih mengikut cara mereka sendiri. yang pasti kami sekeluarga tahun ni ala kadar je sebab yang tahun lepas boleh pakai lagi. lagipun tahun ni raya nun di seberang laut sana. jadi belanja tu agak lebih la...

keselamatan diutamakan
selamat berpuasa daripada persatuan penjaja jalan TAR
suasana 2 ramadhan di jln tar
antara yang wajib dijual

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..