Sunday, August 23, 2009

saturday nite ride

Malam tadi adalah malam yang enjoy sekali sejak membabitkan diri dengan berbasikal baru2 ini. bermula dengan sifat tak malu berakhir dengan keseronokan...

ceritanya bermula apabila saya nak beli roti untuk bersahur... berhenti di kedai serbaneka dirumah, saya terperasan beberapa basikal di atas trak pikap... hati tertanya2... kemudian terlihat sekumpulan rider sedang lepak minum di restoran kepunyaan salah seorang rider... agaknya Tuhan nak tunjuk... saya terleka dalam kedai... dok baca paper, notis board... lepas bayar bila nak start motor terlihat kumpulan 5 6 org ni sedang memunggah basikal... terdetik hati nak menyapa... so dengan rasa selamba saya pun menyapa... "bang, dah lama kayuh?".. (jawapan bro tu)..."saya ni kayuh sorang"... (so bro tu pun ajak join)... pucuk dicita ulam mendatang kebetulan saya pun tengah mencari2 grup nak join ride... tanpa berlengah saya balik capai basikal trus kayuh join diorg...

dari desa pandan --- bukit bintang ---jln sultan ismail --- jln p.ramlee --- sultan ismail --- jln TAR --- lepak kat dataran merdeka --- sambung jln raja laut --- lorong hj taib --- lorong2 chow kit --- sekitar kg baru --- keluar jln tun razak --- jln u-thant ---ampang hilir dan berakhir di restoran nipah desa pandan...

di bukit bintang
dataran merdeka

Tamat kayuhan (restoran nipah desa pandan)
tokey restoran nipah (bro din)

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..