Saturday, September 26, 2009

Beraya di Lawas 3 syawal

kampung punang, lawas.

Ini adalah kali kedua saya ke LAWAS, daerah paling utara di negeri SARAWAK. kali pertama ialah pada tahun 2004. masa tu urusan kerja. lagipun tidak lama. satu malam sahaja. tapi kali ini balik hari. untuk ke pekan lawas mengambil masa perjalanan kira2 4 jam dari kota kinabalu manakala kalau dari sindumin mengambil masa hampir 1 jam. jalan raya di pantai barat sabah agak selesa dengan jalan rata dan tidak berbukit bukau. ia juga mempercepatkan perjalanan kerana banyak jalan lurus.

tujuan saya ke lawas selain dari ingin meneroka cara sendiri saya juga mengambil kesempatan beraya rumah rakan sekerja yang sama2 bekerja di kuala lumpur. orang kata sambil menyelam minum air. setidak2nya saya berjaya sampai ke negeri sarawak. sebenarnya hajat di hati lagi besar iaitu ingin masuk ke negara brunei darussalam tetapi oleh kerana hanya saya yang mempunyai pasport maka tak boleh la. kalau nak buat 'border pas' untuk anak beranak pula perlu ke kota kinabalu selain perlu membayar nilai yang agak tinggi.

tanpa pasport atau border pas hanya lawas je la tempat paling jauh boleh pergi dari sindumin. kalau nak pergi LIMBANG atau MIRI yang juga daerah di sarawak, perlu melalui sempadan kedua2 negara. dari lawas nak ke limbang perlu masuk brunei dan keluar ke limbang. begitu juga dari limbang ke miri sekali lagi perlu masuk brunei. cuba tengok peta sabah sarawak dan kita akan tahu kenapa.

baiklah... selesai saja beraya di sindumin dan sipitang kami sekeluarga terus ke lawas. untuk ke negeri sebelah perlu melalui imigresen. kalau bermalam perlu ambik slip dan rekod. tetapi kalau balik hari tak perlu. selain itu perlu melalui sekatan polis. ini untuk keselamatan. melepasi sempadan sindumin ialah daerah MERAPOK. dari merapok ke LAWAS mengambil masa hampir 45 minit. tetapi lancar. jalan juga selesa cuma ianya turun naik. kiri dan kanan juga hutan. kampung agak jauh antara satu dengan lain. maka untuk berjalan malam tidak digalakkan.

sungai lawas di pekan lawas. masih menggunakan bot dan ferry untuk ke sesuatu tempat. kawan saya kata di seberang sana kalau ikut jalan darat dekat 50 minit baru sampai. kalau ikut sungai tak sampai 10 minit. motor boleh la naik bot.

saya tiba di pekan lawas pukul 4 petang. dari lawas saya bergerak pula ke kawasan paling hujung iaitu kg punang, di tepi laut dengan bantuan seorang lagi rakan dari lawas, syahkairul. 12 km dari pekan lawan dan mengambil masa lebih 30 minit kerana jalan kampung. tiba di sana saya agak terpegun kerana keindahan pantainya dengan suasana kampung walaupun ianya di hujung sekali. dan rakan saya khairul hassim atau lebih mesra dipanggil 'bos'telah menanti untuk beraya di rumah neneknya disitu.

masjid kg punang, lawas

di rumah khairul atau 'bos' (berbaju hijau)

ayah khairul, haji hassim (berbaju melayu). beliau selalu ke sri petaling kl

syahkhairul (kiri) juga org lawas, yang bertanggungjawab membawa kami ke sini.

bergambar di hadapan rumah kampung bos, dari kiri saya, bos dan syahkairul

gambar kenangan keluarga di tepi pantai kg punang.

selesai saja kami di situ, saya sekeluarga bergerak mengikut syahkairul ke rumahnya. perjalanan mengambil masa kira2 30 minit. tempatnya ialah di kg ladang baru. jalan utama menghala kembali ke sindumin. di rumahnya tidak sempat mengambil gambar kerana terlupa. ekekek.

kami bertolak pulang ke rumah sebaik selesai azan isyak di ladang baru iaitu kira2 7.30malam. perjalanan kami ke sindumin mengambil masa 30 minit lebih jalan malam. sampai di pintu imigresen seperti biasa rutin pemeriksaan harian oleh polis. selesai saja terus kami melepasi pintu imigresen dan kembali ke sindumin.

disitu kami agak bernasib baik kerana jika kami lewat keluar pintu akan ditutup dan kami hanya boleh keluar dari situ pagi esoknya.

dari sindumin terus kami bergerak pulang ke bongawan melalui sipitang, mesapol, beaufort, membakut dan tiba kira2 8.30malam.

1 comment:

  1. Kg Punang memang best bro...mesra dan peramah...saya ada keluarga angkat d sana atas anjuran kelab rakan muda..rindu pula nak ke sana... :D

    ReplyDelete

your comments is valuable..