Wednesday, September 16, 2009

rizalhashim.blogspot.com



rizal hashim. satu nama yang mungkin asing bagi sesetengah rakyat malaysia terutamanya kepada sesiapa yang jarang memblog ataupun kurang mengambil tahu perkembangan sukan negara. tetapi kepada mereka yang sering mengambil tahu perkembangan sukan semasa tidak kira dalam negara mahupun luar negara, ataupun mengambil tahu menerusi blog-blog sukan, nama rizal hashim sudah tidak asing lagi bagi mereka, terutama kritikan-kritikan yang sering diluahkan bagi memastikan sukan negara terus diberi perhatian oleh semua pihak. beliau sukup sinonim dengan tulisan-tulisan yang adakalanya lantang mengkritik tetapi mempunyai ramai pengikut kerana adakalanya banyak kebenaran dari apa yang cuba diluahkan. walaupun hanya dengan menggunakan platform percuma iaitu blogspot, tetapi itu bukanlah alasan untuk peminat2 beliau untuk tidak melayari blog beliau. sering mendapat undangan menjadi tetamu dalam program2 berbentuk talk show ataupun program sukan di televisyen2 tempatan dan sering juga diundang untuk menulis dalam akhbar2 media perdana. mengenali beliau pada tahun lepas sewaktu mengendalikan sebuah rancangan talk show sukan, apa yang saya tahu beliau adalah bekas wartawan di utusan malaysia dan juga malay mail. kalau saya silap tolong betulkan. tulisan2 beliau membolehkan beliau dikenali bukan sahaja dikalangan penulis2 sukan, tetapi juga kenamaan2 yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam lapangan sukan negara. dari menteri kepada pengarah2, chef de mission, persatuan2 sukan, sehinggalah kepada atlet itu sendiri. yang pasti tidak akan lupa rizal hashim tentunya orang2 yang sering dikritik beliau. tetapi yang pasti apa yang beliau sampaikan berbaloi kerana secara tidak langsung orang2 seperti beliau dan juga nama2 seperti arnaz m.khairul banyak merubah corak perjalanan sukan negara menjadi lebih baik. bol rizal hashim boleh dilayari di - SINI

compliment utk rizal hashim - 2 keping gambar temuramah beliau dengan menteri belia dan sukan datuk ahmad shabery cheek ketika majlis berbuka puasa persatuan penulis-penulis sukan malaysia SAM di kl hilton baru2 ini.

2 comments:

  1. Alamak FJ, awak up saya semacam lah? Kita pekena teh tarik di Hilton lepas ni hahahahaha. sedikit pembetulan, saya di Berita Harian sebelum berhijrah sebumbung ke Malay Mail, kini menyediakan bahan EPLx untuk Kosmo! Salam ramadan dan seterusnya Salam syawal, maaf zahir dan batin. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. ok bro... thanks for correction... selamat hari raya juga kepada tuan...

    ReplyDelete

your comments is valuable..