Friday, November 20, 2009

Semangat baru buat paralimpik

ATLIT paralimpik menerima suntikan semangat apabila kerajaan memberikan sebidang tanah untuk ibu pejabat Majlis Paralimpik Malaysia di Kinrara, sesudah pembinaan Kompleks Paralimpik di Kampung Pandan.

Pemberian tanah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, selepas puas hati dengan usaha dan pencapaian yang dilakarkan atli paralimpik negara sejak kebelakangan ini.

“Bagi melicinkan lagi pengurusan dan perjalanan kegiatan sukan atlit paralimpik, kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan meluluskan sebidang tanah untuk dijadikan Ibu Pejabat Majlis Paralimpik Malaysia,” kata selepas merasmikan Perhimpunan Agung dan Persidangan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Sir Philip Craven, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Zainal Abu Zarin.

Sebelum ini, kerajaan sudah bersetuju membina Kompleks Sukan Paralimpik untuk memudahkan atlit istimewa itu menjalani latihan.

“Atlit paralimpik negara sudah melebarkan pembabitan mereka dalam pelbagai jenis sukan, bukan hanya di rantau Asia malah sehingga ke peringkat lebih tunggu. Ia boleh dijadikan pemangkin untuk mereka lebih gigih berusaha.” - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..