Wednesday, July 28, 2010

BYE BYE MARADONA


legenda argentina diego maradona akhirnya menamatkan kariernya sebagai jurulatih kebangsaan negaranya, mengakhiri pencapaian tidak menentu selama 21 bulan dan kemuncaknya apabila mengalami kekalahan memalukan di piala dunia baru-baru ini.

keputusan dicapai sebulat suara jawatankuasa eksekutif persatuan bolasepak argentina AFA yang tidak akan menyambung kontrak maradona.

maradona menjadi jurulatih argentina pada november 2008 menggantikan alfio basile. dia yang berusia 49 tahun sangat kurang pengalaman dalam pengurusan.



dibawah kendalian maradona, pasukan yang menjuarai piala dunia dua kali itu mengalami dua kekalahan yang mengaibkan, kalah 6-1 kepada bolivia dalam kelayakan piala dunia dan tewas 4-0 kepada jerman dalam suku akhir piala dunia yang mendedahkan kelemahan pertahanan dan bahagian tengah yang lembab.

menurut sumber maradona hanya akan menerima tawaran 4 tahun bagi persediaan ke piala dunia brazil 2014 jika dia dibenarkan mengekalkan orang bawahannya dan ia tidak dipersetujui presiden AFA julio grondona yang mahukan beberapa pertukaran pembantu. antaranya rakan baik maradona alejandro mancuso.

keputusan tidak memperbaharui kontrak maradona mungkin agak mendukacitakan tetapi ianya tidak ada cara lain bagi memenuhi aspirasi AFA demi kemajuan bolasepak argentina.

AFA memaklumkan buat masa ini pengurus pasukan remaja sergio batista akan menjalankan tugas jurulatih menjelang perlawanan persahabatan menentang republik ireland 11 ogos ini di dublin dan ia belum pasti siapa yang akan menjadi jurulatih apabila argentina menerima kunjungan juara piala dunia sepanyol pada satu lagi perlawanan persahabatan di beunos aires 7 september nanti.

maradona pernah mengejutkan dunia bolasepak apabila salah satu golnya pada perlawanan akhir piala dunia 1986 di gelar 'hand of god' apabila menggunakan tangan. argentina menjuarai piala dunia tahun itu. maradona juga merupakan antara pemain terbaik pada zamannya sehingga di gelar lagenda bolasepak.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..