Wednesday, July 25, 2012

MALAYSIA SEMAKIN MATANG

kredit foto: ahmad junaidi kasmi

Umum telah mengetahui bahawa malam tadi skuad kebangsaan tewas dalam perlawanan persahabatan menentang kelab liga perdana inggeris, Arsenal. Malaysia hampir-hampir mencipta lipatan sejarah negara tetapi 2 gol pada minit-minit akhir perlawanan cukup memusnahkan impian malaysia untuk menggembirakan peminat bolasepak negara.
 

Namun apa yang penting ialah persembahan anak-anak buah datuk k.rajagobal yang disifatkan amat menakjubkan menentang gergasi kelab liga inggeris itu. Dan tentunya gol awal yang tidak disangka dari percubaan luar kotak penalti Azmi Muslim akan menjadi buah mulut peminat bolasepak yang menyaksikan perlawanan tersebut. Tambahan ia merupakan gol pembukaan yang berjaya dilakukan skuad kebangsaan, yang mungkin sangat jarang dilakukan atau mungkin belum pernah berlaku sepanjang menentang kelab gergasi eropah.

 
kredit foto: ahmad junaidi kasmi

Cuma mungkin sekadar pendapat peribadi saya, apabila berlaku banyak pertukaran pada separuh masa kedua ia secara tidak langsung merencatkan tempo permainan menarik yang telah dibina dari separuh masa pertama itu. Selain isyarat jelas bahawa pemain-pemain muda negara perlu lebih banyak pendedahan. Tetapi melakukan eksperimen bertukar ramai pemain setidak-tidaknya membolehkan rajagobal melihat kemampuan pemain mengadaptasi tekanan. Sementelah ia cuma perlawanan persahabatan secara tidak langsung memberi peluang beliau memilih mana yang paling terbaik diantara terbaik.

Apapun ia merupakan persembahan menghiburkan. dan saya rasa  datuk k.rajagobal sudah mula boleh berkira-kira senarai pemain yang akan membarisi skuad piala aff suzuki pada bulan november nanti.

Tahniah harimau malaya!

 sebagai menghormati awal ramadhan, saya lebih selesa menonton dari rumah

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..