Tuesday, July 31, 2012

OLIMPIK : LEGA DALAM KECEWA


Kem memanah negara mungkin boleh menarik nafas lega kerana khairul anuar mohd melepasi saat-saat getir pada pusingan pertama dan kedua untuk beraksi di pusingan ke 3 pada 3 ogos nanti. Namun dalam masa yang sama kem negara mungkin sedikit kecewa apabila pemanah senior cheng chu sian hampa sekali lagi di pentas olimpik keduanya apabila tewas di pusingan pertama acara recurve individu - ditewaskan oleh khairul anuar sendiri. Itulah mungkin hakikat perlu diterima apabila diundi beraksi sesama sendiri di pusingan pertama. Tetapi khairul anuar yang diletakkan sebagai pilihan ke 5 mempunyai harapan cerah ke suku akhir apabila dijadual bertemu pemanah tuan rumah di pusingan ke 3, larry godfrey yang diletakkan sebagai pilihan ke 10 pada Jumaat nanti. Cuma mungkin khairul anuar perlu menghadapi tekanan sebaik mungkin apabila beraksi di hadapan ramai penyokong tuan rumah. Jika dia berjaya, satu lagi halangan di suku akhir yang mungkin tidak banyak memberi halangan kepadanya kerana lawannya merupakan pemanah yang mempunyai ranking lebih jauh darinya. Cuma sekali lagi dalam aksi memanah, permainan psikologi amat penting untuk menjamin kejayaan.

Dalam badminton, seperti dijangka perseorangan lelaki datuk lee chong wei melangkah ke pusingan kedua apabila menewaskan lang ville dari finland walaupun lawannya memaksa dia bekerja keras sehingga ke set penentuan. Tee jing yi pula tampak sukar untuk mara ke pusingan kedua walaupun mencatat kemenangan pada perlawanan kedua kumpulan. Manakala beregu campuran chan peng soon / goh liu ying terpaksa akur dengan kehebatan lawan apabila kalah di perlawanan ketiga kumpulan, menutup terus peluang mereka. Jadi harapan badminton kini hanya tinggal cabaran datuk lee chong wei dan beregu lelaki koo kien keat / tan boon heong.

Seperti biasa harapan kepada atlet-atlet yang tinggal yang masih meneruskan cabaran mahupun yang bakal memulakan cabaran agar terus berjuang sehingga ke titik akhir garisan. Semoga ada sinar harapan buat rakyat malaysia untuk melihat kejutan berlaku di london edisi kali ini.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..