Tuesday, January 7, 2014

FAM MULA GEMPUR RASUAH BOLASEPAK





nampaknya FAM sudah mula nak gempur besar-besaran rasuah dalam perlawanan bolasepak negara.

hari ini 2 lagi pemain bolasepak kuala lumpur dipanggil mengadap jawatankuasa disiplin, melengkapkan 7 orang yang dipanggil memberi keterangan kesalahan mengatur perlawanan pada saingan liga tahun lalu.

namun, sehingga tamat prosiding selama kira-kira 4 jam itu, jawatankuasa akhirnya menangguhkan keputusan sehingga kesemua baki pasukan dipanggil memberi keterangan.

menurut pengerusinya, datuk taufek razak, ia bagi memberi keadilan kepada semua agar prosiding dapat berlaku lebih adil kepada semua.

"jawatankuasa berpendapat adalah tidak adil untuk buat keputusan terhadap 7 orang tertuduh memandangkan ada kes yang masih belum selesai"

"jawatankuasa tidak mahu dituduh. saya tidak mahu dianggap sebagai tidak adil. soal dulu tu bukan masalah tak adil tapi dia tak menjawab. kita treated everybody fair, ikut prosedur. ikut peraturan dan jawatankuasa akan beri pertimbangan seadil-adilnya", beliau mengulas tindakan j/k disiplin menjatuhkan hukuman gantung seumur hidup terhadap 8 tertuduh sebelum ini yang terdiri daripada 3 pegawai dan 5 pemain sebelum ini.

beliau juga telah mengarahkan jabatan undang-undang mengeluarkan surat pertuduhan terhadap 10 lagi tertuduh terdiri dari 6 pemain dan 4 pegawai.

tindakan terkini FAM membayangkan akan ada lebih banyak lagi siasatan terhadap pasukan lain yang berkait rapat dengan pasukan kuala lumpur atau pun yang mempunyai unsur-unsur kesalahan rasuah dalam permainan.

"kalau nak kaji dari segi fairness, kita terpaksa buat. kita dibawah j/k tatatertib akan bertindak demi kemajuan bolasepak negara".

"kita akan bermula dari sini", katanya mengulas keseriusan FAM membanteras rasuah dalam bolasepak negara.

sehingga keputusan belum dibuat, kesemua tertuduh yang belum dihukum masih layak beraksi dalam saingan bola sepak negara. namun begitu menurut beliau sedikit sebanyak moral tertuduh akan tercalar kerana masih dalam perbicaraan.

beliau juga nyata kesal kerana secara tidak langsung pemain-pemain yang masih muda menempah jalan gelap dalam karier bola sepak.

7 nama yang disiasat ialah azizon abd kadir, benedict martin, syazwan rani, j.mugilan, azwan jatin, s.sivaraj dan amirul ashraf.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..