Wednesday, February 12, 2014

AKAUN PSM JUGA AKAN DIAUDIT



Ok... Pertama sekali aku kena beri tabik hormat kepada persatuan sepaktakraw malaysia PSM kerana mereka memang bijak. Apa sahaja kegagalan skuad sepaktakraw di kejohanan antarabangsa, mereka dah ada exit plan. Terbaru mereka dengan tenang, senang, lenang bersetuju untuk bekerjasama dengan majlis sukan negara setelah dikecam hebat pelbagai pihak. Mereka menuruti sahaja arahan menteri kbs, msn asalkan mereka dapat menyelamatkan diri.

Tetapi aku juga perlu beri tabik hormat kepada rakan media yang tidak jemu mengorek segala rahsia tersembunyi psm, selain perlu juga turut beri tabik hormat kepada kelab bekas pemain sepaktakraw kebangsaan. Kerana desakan dan tekanan berterusan mereka dalam media membawa kepada perkara yang tidak akan ada penyelesaian mudah buat psm. Mereka akan sentiasa memastikan isu psm wujud dan relevan untuk diketengahkan.

Terbaru.. Desakan untuk kbs melakukan audit terhadap akaun psm, sepertimana yang dilakukan kepada persekutuan kebangsaan berbasikal malaysia. Mengulas mengenai perkara itu menterinya khairy jamaluddin abu bakar semalam berkata akaun psm juga akan dipertimbangkan untuk diaudit. Dan fokus terhadap akaun psm pada tahun 2011. Kerana psm dikatakan mendapat lebihan peruntukan terus dari kerajaan bukan sahaja msn.

Namun begitu akan timbul sedikit kesukaran apabila peruntukan itu katanya diperolehi terus dari perbendaharaan negara. Amaun tak la banyak. 2 juta je.. Belum masuk bajet dari kbs.. Tapi dengan nilai itu bukan sahaja psm gagal membangunkan sukan tersebut terutama diperingkat negeri, Tetapi juga pada akhir temasya sukan sea di palembang 2011, skuad sepaktakraw negara mempamerkan aksi paling mengecewakan apabila sekadar membawa pulang 2 pingat gangsa. Terlalu jauh dari status sebagai antara kuasa sepaktakraw dunia. Bermakna semua perlu tahu kearah mana ia dibelanjakan.

Bertemu kp msn datuk seri zolkples embong aku sempat mendapat sedikit info darinya semalam. Menurut datuk zol memang psm dapat bajet terus dari kerajaan pada tahun tersebut. Dan paling aku seronok dengar ialah psm cuba sembunyikan penerimaan bajet itu tetapi prosedur kerajaan ialah memang surat atau pekeliling akan keluar. Dan dia terima salinan mengatakan bajet diberi kepada psm. Kehkehkeh apa punya kelakar laa...

Tetapi sebenarnya kisah psm bukanlah perkara baru. Kerana mereka pernah disiasat suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia SPRM mengenai penyalahgunaan peruntukan pada tahun 2007, dengan nilai 3.7 juta ringgit. Menurut seorang rakan media yang cukup pakar dengan psm ini, dalam tempoh kira-kira 2 bulan duit itu habis. Katanya hasil siasatan sprm kabarnya tidak ada pertuduhan, tetapi menasihati pesuruhjaya sukan sebelum ini mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat. Dan sehingga kini belum ada tindakan susulan. Mungkin sebab pesuruhjaya sukan yang baru, jadi dia mungkin kurang tahu semua perkara yang berlaku. Dan aku percaya akan ada tindakan susulan selepas ini kerana sudah tentunya ramai yang nak tahu episod seterusnya.. Maknanya ada dua perkara. Audit 2011 dan juga hasil siasatan kes 2007. Atau apakah ada kisah lain lagi?

Apapun kita tunggu je lah. Sebab aku rasa ini special sikit sebab melibatkan ramai pihak. Paling mustahak sekarang kita bina dan bangkitkan semula kebanggaan sepaktakraw kita dimata dunia. Sebab kabarnya skuad sepaktakraw lelaki dah pun berpindah ke bukit jalil. Mendapat latihan yang lebih tersusun, bantuan sains sukan lebih terbaik selain boleh la di monitor setiap masa peningkatan dari latihan itu. 


*** bajet terus dari perbendaharaan?

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..