Sunday, February 15, 2015

GUNUNG IRAU - ACCOMPLISHED

assalamualaikum..

ini cerita lama. kira macam #throwbacklah. saja-saja nak kongsi. daripada terbiar dalam hard drive.

ok... kali ni aku nak bercerita pengalaman manis, pahit, tawar, masam, kelat, 3 rasa, semua ada... pendakian ke gunung irau. gunung irau ni letaknya di cameron highland.

boleh search sini , sini , atau cari saja dekat encik google...

trip ni sebenarnya dirancang secara tak sengaja, dengan tujuan training. sebab tak lama lepas tu kami naik kinabalu. kira training tempat sejuk lah. benda ni februari tahun lalu. kalau korang rasa orang macam aku tak mampu mendaki. haa ni buktinya.

kami pergi 4 famili, aku, dan 3 rakan iaitu junaidi (RD), eddy dan zaidy (MD). walaupun irau boleh kami pilih untuk bermalam (dengan rehat yang mencukupi) tetapi kami pilih untuk turun pada hari sama.

memulakan pendakian kira kira 9.00 pagi. agak lewat. nak bersiap mengambil masa, nak ke tapak permulaan pendakian juga mengambil masa, nak sarapan lagi... bercerita mengenai sarapan, aku rasa memang aku dah silap ambik sarapan iaitu meehoon goreng dengan ayam goreng bertatahkan sambal nasi lemak.. ppeeerrgghh... yg lain semua ringkas-ringkas. bekalan ke irau pun pada aku agak kurang memberi kesan positif sebagai contoh sandwich, kek, roti... air aku bekalkan 100 plus manakala yg lain ada juga bekal air mineral (INI SEMUA TIDAK MEMADAI).

ok.. untuk ke irau terlebih dahulu kena mendaki guna kenderaan ke tapak permulaan iaitu di pintu masuk  mossy forest ( hutan berlumut). untuk ke situ laluannya adalah ke ladang teh BOH di brinchang. perjalanan ke atas menaiki kenderaan agak mengambil masa... sesampai di situ boleh park kenderaan dan mulakanlah.. kami naik berenam aku, RD dan anaknya haykal, Eddy dan anak perempuannya serta MD. yang mak mak budak serta kanak-kanak lain ada aktiviti petik stroberi mereka di cameron.

macam biasa semangat aku amat tinggi apabila memulakan pendakian.. mungkin kerana nampak awalan dia macam senang. meniti tangga-tangga cantik. pendek je pun... sehinggalah ke permulaan offroad, rasa macam ok je. tambahan cuaca sejuk dingin. tetapi aku rasa 30 minit je kot... apabila aku mula merasakan perubahannya....

1. kitaran nafas aku agak kurang stabil. mungkin kesan cuaca sejuk.
2. disebabkan itu aku mudah berasa penat. mungkin sebab bila sejuk aku agak semput.
3. kepala lutut kiri aku mula rasa macam sengal. mungkin kesan sejuk.

jadi aku terpaksa mengawal langkah, bagi mengelakkan sesuatu terjadi kat lutut aku (lutut nak pakai lama weh). jangkaan aku mengenai track ke gunung irau juga ternyata 500 peratus meleset. apabila cabaran dia bagi aku sudah mencapai tahap ekstrem. apabila bukan sahaja terpaksa melalui trek naik turun naik turun gunung, tetapi juga trek yang tidak stabil seperti batu-batu dan akar-akar menyukarkan kaki untuk melangkah. dan aku boleh kategorikan ia bukan mendaki tetapi juga memanjat. kekuatan tangan diperlukan juga untuk membantu memanjat (mendakilah). tetapi jika melihat kepada keindahan hutan berlumut ni aku rasa kepenatan itu mungkin sedikit hilang. kesempatan juga digunakan untuk mengambil gambar yang jarang kita dapat di hutan lain. tetapi itu mungkin bagi orang lain, bukan bagi aku, apabila masuk sejam lebih perjalanan, aku terpaksa melupakan kecantikan hutan itu dan kamera tersimpan saja dalam beg. penat teramat... pergerakan semakin perlahan.. air 100 plus juga tidak banyak membantu. nak patah balik tak berani sebab sorang je. tambahan aku harus melengkapkan latihan ini. kalau tak macamana nak naik kinabalu jika semangat tidak ada. maka aku gagah la juga. adakala aku ditemani adakala aku keseorangan. aahh lantaklah janji aku sampai ke puncak.

aku juga bernasib baik sebab ada kumpulan-kumpulan terkemudian dari kami yang memanjat. jadi bila masa aku keseorangan, tanpa sedar ada yang memotong, lega sikit hati, ada lagi kat belakang.

ok setelah lebih kurang 3 jam pergerakan aku, kami sampai di mini irau, atau irau yang kecik la. aku paling terakhir dalam kumpulan kami. dan aku rasa anak RD haykal dan anak eddy yang aku panggil kakak serta la 3 orang ni dah puas berehat lebih 20 minit rasanya apabila aku tiba di mini irau. makanya belum sempat aku nak melepaskan penat, pendakian ke puncak irau diteruskan. adoiii...

bukit kedua atau mungkin gunung kedua itu turut memberi cabaran buat aku atau orang yang macam kategori aku yang mudah pancit. aku hanya sampai ke puncak irau menjelang 3.00 petang, ketika orang lain sedang enak menikmati bekalan makanan.

kira-kira sejam lebih berehat, pendakian turun bermula. ada kumpulan-kumpulan yang tinggal terus di puncak untuk melihat pemandangan pagi dari puncak irau. memang cantik. tapi kami memilih untuk turun.

turun juga ada cabarannya. terpaksa menahan kekuatan kaki takut-takut terseliuh. aku yang kepenatan gagahkan juga. demi sebuah pengalaman. dipendekkan cerita, aku hanya berjaya keluar ari mossy forest lewat petang kira-kira 6.30 petang. itu aku rasa memang getir bagi yang malas melakukan latih tubi. aku kira hampir seminggu jugak aku gagal berjalan dengan baik kesan dari kesakitan mendaki.

tapi ia memang sebuah pengalaman. bukan omong kosong. at least aku dah sampai, walaupun cara aku sampai itu mampu buatkan orang ketawa.


ps: untuk lagi gambar menarik dan cerita penuh irau boleh terus ke blog sahabat aku di SINI.



4 comments:

  1. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
    Mount guide service
    Will arrange:
    -forestry permit
    -police report
    -nature guide service
    -1st aid kit
    -4x4 from hotel to mossy forest(return)

    Also provide night hiking irau(dapyack)sunrise trip

    ANDY 017-9997790
    whataps/sms/call

    ReplyDelete
  2. salam... saya nak tanya,, bile nak naik 4x4 tu, berapa ea bayarannya, and ade masjid terdekat x sebelom naik ke kaki bukit tu..

    ReplyDelete
  3. salam... saya nak tanya,, bile nak naik 4x4 tu, berapa ea bayarannya, and ade masjid terdekat x sebelom naik ke kaki bukit tu..

    ReplyDelete
  4. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb) TTB
    KHIDMAT GUIDE GUNUNG(TG 9024)
    MENGURUSKAN PERIHAL:
    -Permit perhutanan
    -laporan polis
    -khidnat nature guide berlesen
    -kit perubatan (asas)
    -walkie talkie
    -khidmat 4x4 ke mossy forest(return)


    ANDY
    017-9997790
    call/whataps/sms

    ReplyDelete

your comments is valuable..