Wednesday, September 16, 2015

16 SEPTEMBER - PERKARA 20



salam...

hari ini 16 september.. sekali lagi mengingatkan kita tentang penubuhan Malaysia 52 tahun lalu. apakah perjanjian-perjanjian mahupun memorandum-memorandum yang ditandatangani negara terlibat dalam pembentukan malaysia ketika itu. antara Tanah Melayu dan 3 negara waktu itu iaitu Singapura, Sabah dan Sarawak, hanya 2 negara borneo masih kekal dalam Malaysia. ada aku pastekan perjanjian 20 perkara sabah kira-kira 5 tahun lalu. baca SINI. tapi waktu itu aku masih kurang memahami apakah perjanjian itu sebenarnya.

kini aku rasa aku lebih faham perkara 20 itu dan keuntungan mahupun kerugian antara pihak-pihak terlibat. walaupun ada kenyataan-kenyataan mengatakan bahawa perkara 20 ini sudah tidak relevan dan perlu dikaji semula, ataupun ada kenyataan yang mengatakan perjanjian itu tidak sah dan boleh dicabar dari segi perundangan, ataupun semacam ada usaha-usaha kawalan penuh kepada negara terlibat atau mungkin juga tuntutan kuasa autonomi dari negara-negara terlibat, namun bagi aku Perkara 20 masih boleh dijadikan asas untuk rakyat-rakyat dari semua negara terbabit untuk lebih memahami asal pembentukan dan saling memahami antara satu sama lain. pendek kata supaya tidak mencetuskan sensitiviti semua pihak terlibat. sebagai contoh rakyat dari semenanjung harus menghormati perkara 20 ini manakala rakyat sabah sarawak harus lebih pakar mengenai perkara 20 ini supaya tidaklah korang semua 'dibuli'..

Aku ni bukan lah ahli sejarah, tetapi sekadar minat mengkaji sebagai rakyat Malaysia. yang mustahak apa yang dikongsi dibawah bukan rekaan, tetapi fakta dan asas kukuh sejarah, walaupun ianya aku paste semula dari blog-blog atau laman-laman terpilih. jadinya aku harap dengan perkongsian sikit ni kita dapat kukuhkan lagi persahabatan antara semua rakyat tanpa mengira latar dan perbezaan fahaman...

 jom kita ronda2 dulu sejarah.




Cadangan untuk penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak mula diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 27hb Mei 1961. Ketika itu Tunku menyuarakan cadangannya dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura.

 Pada tanggal 23hb Ogos 1961, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah bersetuju untuk bergabung tetapi Sabah dan Sarawak belum memberikan persetujuannya.


 Pada 15hb November 1961, satu memorandum yang diberi nama “Singapore White Paper” dipersetujui oleh pemimpin Persekutuan Tanah Melayu  dan Singapura untuk bercantum. Hasilnya, pada 20-22hb November 1961, satu perbincangan telah diadakan di London bagi membawa bersama Sabah dan Sarawak dalam gagasan penyatuan ini.


 Seterusnya, pada 16hb Januari 1962, satu suruhanjaya telah dibentuk dengan diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Codbold dan diberinama sebagai Suruhanjaya Cobbold bagi membuat kajian tentang penyertaan Sabah  dan Sarawak.

 Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Allayharham Tan Sri Mohd Ghazali Shafei bagi mewakili kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Manakala Antony Abell dan Watherston bagi mewakili kerajaan British.

 Hasilnya, 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakannya terdiri daripada Bumiputra dan 20% menentang. Ini diperolehi setelah suruhanjaya menemui 4000 orang dan menerima tidak kurang 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, pemimpin-pemimpin ugama, kesatuan sekerja dan orang ramai.

 Majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Maka dengan itu, Suruhanjaya Codbold telah mengesyorkan supaya Perlembagaan Tanah Melayu untuk dijadikan asas bagi membentuk Perlembagaan Malaysia yang baru. Namun beberapa pindaan haruslah diadakan bagi menyesuaikan dengan kemasukan negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

 Sehubungan dengan itu, jaminan-jaminan mustahak perlulah dibuat bagi memastikan kepentingan-kepentingan khas bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Oleh itu, Sabah dan Sarawak diminta untuk menyediakan laporan khas bagi penyertaan mereka ke dalam Malaysia.


 Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan British, Sabah dan Sarawak.  Ianya dikenali sebagai Jawatankuasa Antara kerajaan atau Inter-Government Committee (IGC).
 
 

Ianya diketuai oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak Hussein. Antara anggota-anggotanya yang  lain ialah Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah dan beberapa lagi.  

Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mengkaji dan membuat beberapa usul serta tuntutan bagi menjaga kepentingan mereka terutamanya bagi Bumiputra kedua-dua negeri.  

Usul-usul ini disediakan dalam bentuk memorandum  dan setelah melalui perbincangan dalaman oleh parti-parti politik seperti USNO, UNKO United Party, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation.  Ianya berkisar kepada hal-hal kebebasan ugama, bahasa-bahasa lain selain dari bahasa Melayu, migrasi dan lain-lain kepentingan khas Bumiputra.


 Pada 29hb Ogos 1962, Sabah membuat 20 usul dan manakala Sarawak 18 usul. Setelah membuat penyesuaian dan beberapa pindaan, maka lahirlah apa yang dinamakan sebagai Perkara 20 sebagai syarat penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. 
 

Maka pada 9hb Julai 1963, telah ditandatangani perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Malaysia 1963.  Pada 28hb Ogos 1963, satu pindaan dibuat untuk menentukan tarikh penubuhan Malaysia iaitu pada 16hb September 1963.

Sekarang kita lihat PERKARA 20 itu:


Perkara 1: Agama
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak akan digunakan di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

Perkara 2: Bahasa
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan Malaysia. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa. Cadangan agar dipertimbangkan Bahasa Melayu digunakan hanya boleh diutarakan 10 tahun lepas pembentukan Malaysia.

Perkara 3: Perlembagaan
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagaan Malaysia hendaklah satu dokumen yang baru dan bukan sambungan Perlembagaan Persekutuan Malaya.

Perkara 4: Ketua Persekutuan
Yang Dipertua Negara Borneo Utara (Sabah), Yang Dipertuan Negara Singapura dan Governor of Sarawak merupakan ketua negara masing-masing maka tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Perkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia" tetapi tidak "Melayu Raya"

Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk veto kemasukan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak & Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak & Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakan orang lain daripada orang awam Kerajaan Persekutuan dari bahagian-bahagian lain Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).

Perkara 7: Hak Pemisahan
Seharusnya tidak ada hak untuk menarik diri dari Persekutuan

Perkara 8: Borneanisation
Borneanisation daripada perkhidmatan awam perlu diteruskan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai British
Setiap usaha perlu dibuat untuk menggalakkan Pegawai British untuk kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang yang berkelayakan dari Borneo (Sarawak & Sabah)

Perkara 10: Kewarganegaraan
Cadangan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold perlu mentadbir hak kerakyatan di dalam Persekutuan Borneo (Sarawak & Sabah) tertakluk kepada pindaan yang berikut:
* A) sub-perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi proviso sebagai hingga lima tahun kediaman
* B) dalam usaha untuk mengikat dengan undang-undang kami, sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca "7 daripada 10 tahun" dan bukannya "8 daripada 10 tahun"
* C) sub-perenggan (iii) tidak seharusnya mengandungi apa-apa sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan ibu bapa - orang yang lahir di Borneo (Sarawak & Sabah) selepas Malaysia mesti menjadi warganegara persekutuan.

Perkara 11: Takrif dan Kewangan
Borneo (Sarawak & Sabah) harus mengawal kewangan sendiri, pembangunan dan tarif, dan seharusnya mempunyai hak untuk menentukan cukai sendiri dan untuk mendapatkan pinjaman pada kredit sendiri.

Perkara 12: Kedudukan Istimewa Penduduk Asli
Pada dasarnya, kaum pribumi Borneo (Sarawak & Sabah) harus menikmati hak istimewa sejajar dengan apa yang dinikmati oleh Melayu di Malaya, tetapi formula orang Melayu sekarang dalam hal ini tidak semestinya diguna pakai di Borneo (Sarawak & Sabah).

Perkara 13: Kerajaan Negeri
* A) Perdana Menteri sepatutnya dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Mesyuarat Negara
* B) Perlu ada sistem Menteri di Borneo (Sarawak & Sabah).

Perkara 14: Tempoh peralihan
Ini seharusnya menjadi tujuh tahun dan dalam tempoh itu, kuasa perundangan mesti ditinggalkan dengan Negeri Borneo (Sarawak & Sabah) oleh Perlembagaan dan tidak boleh semata-mata diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran
Sistem pendidikan Borneo (Sarawak & Sabah) sedia ada perlu dikekalkan dan atas sebab ini, ia perlu berada di bawah kawalan kerajaan.

Perkara 16: Perlindungan Perlembagaan
Tiada pengubahsuaian pindaan atau penarikan balik mana-mana perlindungan khas yang diberikan kepada Borneo (Sarawak & Sabah) hendaklah dibuat oleh Kerajaan Pusat tanpa persetujuan positif Kerajaan Negeri Borneo Utara

Kuasa meminda Perlembagaan Negeri Borneo (Sarawak & Sabah) harus dimiliki secara eksklusif kepada rakyat di negeri ini. (Nota: Parti Bersatu, Parti Demokratik dan Parti Pasok Momogun yang menganggap bahawa majoriti tiga perempat akan diperlukan untuk melaksanakan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri manakalaUNKO dan USNO dianggap majoriti dua pertiga akan mencukupi).

Perkara 17: Wakil di Parlimen
Ini harus mengambil kira bukan sahaja daripada penduduk Borneo (Sarawak & Sabah) tetapi juga yang merampas dan potensinya di mana-mana kes tidak boleh kurang daripada Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negara
Yang di-Pertua Negara.

Perkara 19: Nama Negara
Sarawak atau Sabah.

*(Bukan berstatus "Negeri" dalam Malaysia , Sabah dan Sarawak adalah berstatus "Negara")

Perkara 20: Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan, dll.
Peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh diguna pakai di Borneo (Sarawak & Sabah). Begitu juga, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak perlu memohon di Borneo (Sarawak & Sabah).

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..